Sunday, November 1, 2009

Kehidupan setelah Fly..di Olomouc CZECH REPUBLIC

Tatkala aku menulis entry ini, keadaan di luar berkabus dgn amat tebal dan keadaan di luar bagi aku sudah amat terlalulah sejuk; -4Celcius. Dalam keadaan tanpa winter jaket, keluar untuk menunggu trem dan bas untuk ke Centrum dan menunggu lagi bas ke Globus(shopping market) adalah tindakan suicide untuk kehilangan jari2 tangan yg comel ini.

Kehidupan di sini, tidak kurang seperti kehidupan di universiti2 lain di dalam dunia. Biasalah dgn lecture pagi dan petang, assignment dan kehidupan harian. Namun tidaklah seberat kehidupan di Kolej Mara Banting yg aku kira lebih serabut dan memeningkan.

Waktu pagi aku bermula seawal jam 5 pagi, tp selalunya neapt sleep sampai 5.30 pagi, baru teruskan dgn agenda membersihkan jasmani dan rohani. Usai merakamkan bacaan Al-Quran mengikut gaya bacaan Syeikh Mishary Al-Afasy atau Syeikh Fahd Al-Kanderi, terus melayari internet memeriksa sebarang emel-emel penting. Buat masa sekarang ini aku amat menantikan emel dari bakal isteriku, insyaallah(berazam untuk menjadikannya isteri). Biarlah topik bakal isteri ini bernoktah di sini terlebih dahulu. Kemudian, aku akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan bas 26 pada 6.20 pagi dari Neredin Tanah Perkuburan (direct translation untuk perkataan krematorium) ke Dvorakova. Moga dengan perjalanan ini aku boleh gunakan sbg senaman pagi sebelum memulakan study(perjalanan diantara Dvorakova ke Fakulti yg dikiaskan 1/3 perjalanan dari KMB ke Rasyid).

Sampai di fakulti, sekiranya menza(kedai yg menjual makanan ala kiosk) masih belum buka, aku akan gunakan masa tersebut untuk menghafal beberapa perkataan Latin, Czech atau Anatomi. Boleh jadi juga waktu ini aku menggunakannya untuk menyudahkan assignment yg belum selesai. Kos untuk sarapan mainly paling kenyang la around 36 CZK (Roti, krabi salat dan yogurt). Which equivalence to lebih kurang 1.44euro. Kira murah la tuh kerana elaun bulanan adalah 700Euro. Makanannya bolehlah untuk mengenyangkan. Namun tiada yg senikmat makanan malaysia di sini.

Usai sarapan, aku akan mengeluarkan planning hari ni apa yg patut dilakukan. Selalunya kalau tiada sebarang kelas atau lecture pada waktu pagi aku akan menziarahi mayat2 untuk pelajaran anatomi. Kadang-kadang kalau tiada orang mungkin aku akan menceritakan tentang kebesaran Allah kepada mayat2 ini. Simpati kadang2 wujud dalam diri tatkala study anatomi kerana mayat2 ini tidak mendapat kalimah agung. Aku berazam untuk memenuhi setiap masa lapangku dengan 2 matlamat utamaku di sini. Insyaallah.

Namun begitu, aku masih lagi menghadapi masalah ketika berhadapan dgn time lecture; lost, xpaham dan tertidur. Mungkin masih lagi perlu ku perbaiki diri dan misi aku di sini. Hubungan dengan Allah itu menentukan segalanya.

Cuaca, kekuatan yang ada dan aktiviti pada waktu petang akan mempengaruhi waktu untuk aku kembali ke Hostel. Kalau tiada basketball training pada waktu petang, paling lewat aku akan pulang adalah pada pukul 6.18 petang. Itu pun setelah selesaikan semua tanggungjawabku pada Illahi pada waktu maghrib. Memandangkan jemaah isya' pada pukul 7 malam, aku akan teruskan study di reception sekiranya tiba awal di hostel.

Setelah solat jemaah di modlibtedna(surau), aku akan terus kembali ke bilik sambil memikirkan apa yg perlu di masak. Selalunya resepi simple sahaja. Makan dan terus memeriksa inbox emel, masih lagi menanti emel2 yg penting. Kemudian teruskan dengan agenda pelajaranku. Waktu tidur itu bergantunglah kepada sejauh mana telah aku penuhi masa siangku dgn study. Untuk winter semester beginilah kehidupan aku berulang.

Dalam jadual tersebut masih lagi terdapat banyak lompongan untuk kerja dakwah. Mungkin buat masa sekarang melalui facebook dan Blog. Namun itu dakwah bidaah yang tidak 100% ikut Nabi S.AW. Kelemahan diriku untuk tidak bersedia menerima metodology Prophet yg sebenar. Insyaallah azam telahku letakkan dalam hati untuk itu.

Monday, August 3, 2009

Keterlupaan

Aku dan kehidupanku selalu sibuk. Inilah kisah ketika merantau, aku selalu lupa akan barang yang aku bawa.

Selalunya aku akan bawa satu saja beg atau 2 beg yang besar supaya aku tidak lupa. Tapi dalam perjalananku kali ini aku bawa satu beg kecil sambil membimbit satu sweater.

perjalananku ke Medan mara cukup kalut dan gelut. Sesampai di pudu pada pukul 2.30 petang aku terus ke suraunya melengkapkan kewajipanku pada kekasihku. kemudian aku merasakan sweater ini seperti mengganggu gaya perjalananku. Lalu terus aku serahkan sweater tersebut kepada penjaga barang di surau terbabit. Terus aku bergegas ke stesen bandaraya untuk aku menghantar segala agreementku pada mara.

Aku mendapat panggilan dari Khalil yang juga menghantar agreement mengatakan borangnya tidak lengkap. Lalu aku teringat akan kesulitan yang telah ku hadapi sebelum ini. Bagaimana Allah mengujiku dalam usahaku. Usaiku berdoa pada kekasihku, aku terus mara ke MARA.

Dan akhirnya seperti berkumandang lagu "we are the champion" di telinga. Selesai akhirnya urusanku dengan mara. cuma tinggal nak beli barang fly dan tiket penerbangan dari mara. Alhamdulillah.

Namun memang aku ingin diingatkan tentang keterlupaanku. Setelah menemui khalil aku terus menerima pelawaannya bermalam dirumahnya tanpa terfikir akan sweater aku yang ditinggalkan di surau pudu. Dan pada malam tersebut juga Khalil mengajak aku melihat-lihat sweater tanpa ku sedari akan keterlupaanku. Sungguh Tarbiah dari Allah itu yang terbaik.

Tuesday, January 13, 2009

My Fears

Secara luarannya aku mempunyai perawakan yang boleh dikatakan agak macho..atau lebih senang aku ni mat perasan. Tapi perawakan luaranku ternyata berbeza daripada diriku yang sebenar. Aku melihat orang di luar sana bergembira dan aku tanpa sebab menangis mengenang nasib aku.

Ketika dalam 3rd sem exam aku, ternyata aku tewas lagi. entahlah di mana silapnya usahaku atau mungkin inilah ujian dari Allah setelah aku berada di jalannya. Tapi diri aku sendiri mengetahui takat usahaku yang masih main2 walaupun sekarang telah menghadapi detik genting. Ketika EE, Tok Essay, Tok Presentation, World Lit dan banyak lagi kerja lainku menekan hidup aku. Kadang-kadang aku mengeluh dengan kelemahan diriku sendiri yang tak dapat ku bendung lagi. Rasanya seperti aku bakal menjadi statistik orang-orang yang gagal IB ini. Ya Allah, aku kecut menghadapi segala rintangan ini yang baru sedikit. Aku hilang arah hidupku yang mencari asbab hidayah untuk manusia lain dalam umatku sendiri. Aku mampu menangis sebaldi timba air mata namun tidak mampu aku ubah nasibku sendiri.

Ketika aku mendengar peristiwa di Gaza, aku bersyukur dengan nasib hidup mereka yang terang peluang untuk mereka syahid. Namun kemudian aku tersentak. Apakah mungkin pabila aku berada di sana aku mampu menghadapi rintangan yang ternyata bermain dengan fizikal, emosi dan imanku?

Aku juga merasakan bahagia dengan tidurku mengharapkan ia sbg suatu aktiviti yang tidak akan berakhir. Tapi kembali aku mempersoalkan pemikiranku mencabar di sejenak detik waktu; puaskah aku dengan kehidupan sedemikian yang kemudiannya mengharap Syurga yang kekal abadi dikelilingi bidadari yang menawan hati. Waduh, aku tertekan lagi.

Adakah orang yang mampu menasihati aku kerana aku mengharapkan wanita daripada kalangan yang halal untukku. dan aku bingung tentang tekanan kehidupan ini yang mencengkam seluruh jiwa dan ragaku.

YA ALLAH..AKU BUNTU

Saturday, January 10, 2009

Inilah "I" pemulaannya

Aku merahsiakan identitiku untuk pengetahuan blogger
Kerana aku merasakan hidupku ini pendek dan tidak berguna lagi. Sekiranya aku tidak meletakkan diriku dalam golongan yang menulis

Mungkin untuk post yang pertama ini aku memendekkan bahasaku untuk mudah difahami oleh blogger2 sekalian. Aku berharap juga agar perkongsian penulisan ini memberi manfaat buat diriku sendiri. Insyaallah.